Rabu, 6 Ogos 2008

Berita Aisunam

Kumpulan Aisunam a.k.a Federated a.k.a FGI

Kumpulan Aisunam merupakan sebuah kumpulan kugiran irama 'funky punk rock n roll' di Malaysia.


Sejarah

Sejarah penubuhan Aisunam bermula pada sekitar tahun 2000 di Bandar Baru Selayang, Gombak. Di situ lima orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam.. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock Metal di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulalah kelahiran FGI walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama yang besar.

Anggota asal Aisunam ialah Pojie, Addy, Amirg, Anam dan Ejad.

Ketika muzik rock punk mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Aisunam sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. Aisunam tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap hasil ciptaan mereka sendiri.

Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta idea hasil dari sumbangan rakan-rakan seperti Mus May (Sinar Productions), Rahmat Kamikaze, Awang BPR, perjudian pertama Aisunam di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila kumpulan ini mendapat sambutan menggalakkan.

(Aisunam or THE FEDERATED a.k.a F.G.I first started their journey in 2000. members consists of fauzi (vocal&guitar),amir (bass),eddy (lead guitar), anam (keyboard) and ejad (drum).... the band started off with fauzi in the lead , bringing in more members with the pass of time , forming a strong band... the band started off through competitions , winning the champion of battle of the band greenday and representing malaysia 2 jakarta, indonesia in asian beat 2005.... besides winning competitions as a band , they also managed 2 carry home awards 2 best drummer and best guitarist.... they also performed as opening acts for ella and wings , performed in carnival sureheboh and many others)…. Pasted from <http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendid=274433648>

Ahli

Penyanyi Utama

  1. Pojie (Fauzi Sarkawi)

Pemain Gitar

  1. Addy (Wan Rasdi)

Pemain Bass

  1. Amir Salleh

Pemain Dram

  1. Ejad (Izat Kassim)
Pemain Keyboard

1. Anam

Berikut secara ringkas sejarah anggota Aisunam. Pojie pernah manganggotai FGI dan Federated sebelum memasuki Aisunam. Pada mulanya Pojie menubuhkan FGI, bersama Addy dan Amir dan drummer, Sabu. FGI berkubur dengan Sabu meninggalkan kumpulan ini dan Pojie meneruskan perjuangan dengan menubuhkan Federated yang berkonsepkan lebih ke rock metal. Ejad dan Anam pula menyertai Pojie pada masa itu.

Aisunam lahir dari perkataan manusia yang diterbalikkan. Ianya terjadi apabila Pojie ditanya secara spontan oleh urusetia pertandingan Asia Beat peringkat Nasional yang mana Federated akan bertanding dan Aisunam adalah sebuah lagu yang dicipta khas untuk pertandingan tersebut.

Maka setelah kumpulan dinamakan Aisunam, lagu itu kemudiannya diubah ke tajuk ‘Bisikan’.

Sepanjang kenangan manis pada tahun 2008 ini, Aisunam telah Berjaya menggondol hadiah utama, iaitu Johan Rentak Juara Rythm of the Champion 2008.

Anugerah

1 Johan – Rentak Juara 2008

RENTAK JUARA RHYTHM OF CHAMPIONS 2008

Penjelajahan krew produksi Rentak Juara Rhythm of Champions (RJROC) di 16 lokasi di seluruh negara yang bermula 24 November tahun lalu sehingga 3 Februari 2008 menyaksikan sejumlah 414 kumpulan mengambil kesempatan menyertai uji bakat yang diadakan.

Penyertaan jumlah sedemikian memberikan petanda positif terhadap kepercayaan kumpulan-kumpulan muzik amatur tanah air terhadap reputasi dan keupayaan RTM melahirkan bakat-bakat baru.

Paling utama juga, kehadiran lebih 400 kumpulan itu ke uji bakat RJROC2008 juga sekali gus memberi keyakinan kepada RTM bahawa program pencarian bakat berkumpulan ini masih relevan dalam aspek membantu industri hiburan melahirkan bakat-bakat muzik yang terbaik

Daripada jumlah besar itu juga, krew penerbitan RJROC 2008 bekerja keras melakukan pemilihan dengan penuh teliti untuk memilih hanya 30 buah kumpulan terbaik untuk menyahut cabaran pada peringkat suku akhir. Seterusnya jumlah itu dikecilkan lagi untuk melayakkan mereka menyertai peringkat separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir.

Seperti juga pada RJROC musim-musim lepas, daripada 30 kumpulan yang terpilih itu akan dibahagikan kepada 6 episod peringkat suku akhir yang menyaksikan 5 kumpulan akan beraksi setiap minggu.

RTM juga telah menetapkan peringkat Suku Akhir pertama RJROC2008 akan berlansung pada 6 April 2008 dan peringkat Suku Akhir ke-6 dijangka berlangsung pada 11 Mei 2008.

Pada setiap minggu episod Suku Akhir, sebanyak 2 kumpulan akan dipilih terus oleh barisan juri profesional untuk mara ke peringkat Separuh Akhir.

Sementara tiga kumpulan yang gagal dipilih oleh juri profesional pada setiap peringkat Suku Akhir pula akan diberi peluang sekali lagi dengan pemilihan dibuat menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh penonton-penonton RJROC.

Kesemua 6 kumpulan pilihan penonton melalui SMS, akan bertanding semula di episod 7 iaitu di minggu Suku Akhir SMS pada 18 Mei 2008

Daripada keenam-enam kumpulan ini, hanya dua kumpulan yang terbaik baik akan dipilih oleh juri profesional untuk melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir.

Seterusnya, fasa saringan RJROC 2008 akan memasuki peringkat Separuh Akhir pula yang menyaksikan kesemua 14 kumpulan pilihan juri profesional akan dibahagi kepada 2 episod.

Setiap episod akan disertai oleh 7 kumpulan dengan episod pertama Separuh Akhir akan menemui penonton pada 25 Mei 2008 dan episod kedua pada 1 Jun 2008.

Pada setiap episod Separuh Akhir pula, sebanyak 3 kumpulan akan dipilih oleh juri untuk terus mara ke peringkat Akhir.

Sementara itu, 4 kumpulan yang tidak menjadi pilihan juri pada peringkat Separuh Akhir pula masih mempunyai peluang sekali lagi.

Mereka yang tewas pada peringkat Separuh Akhir, iaitu 4 kumpulan akan diberi kesempatan untuk merayu undian secara SMS daripada penonton untuk bertanding sekali lagi di episod 10 iaitu di peringkat Separuh Akhir SMS.

Peringkat Separuh Akhir SMS yang akan berlangsung pada 8 Jun 2008, dua kumpulan terbaik akan dipilih oleh panel juri untuk layak ke peringkat Akhir RJROC 2006.

Sekali gus, RJROC 2008 menjadikan kumpulan yang akan bertanding pada malam peringkat Akhir nanti sebanyak 8 kumpulan kesemuanya.

Dalam usaha meningkatkan daya keyakinan para peserta, RTM juga mengambil inisiatif menerbitkan satu episod khas iaitu episod “Showcase Kumpulan Peringkat Akhir” pada 15 Jun 2008, iaitu seminggu sebelum peringkat Akhir.

Pada masa yang sama, matlamat penerbitan episod khas ini juga bertujuan untuk memperkenalkan semula kumpulan final RJROC 2008 kepada penonton.

Di samping itu, penerbitan episod khas ini ialah untuk membolehkan penonton membuat penilaian kumpulan manakah yang paling layak untuk digelar sebagai kumpulan PALING POPULAR melalui undian SMS.

Selain dari pertandingan yang dijalankan mengikut format yang telah ditetapkan, pihak penerbitan juga akan menerbitkan sebuah “Konsert Pemenang RJROC 2008”.

Konsert ini pula sebagai menterjemahkan penghargaan RTM kepada kejayaan dan komitmen pemenang dalam menjayakan RJROC 2008. Konsert ini dirancang disiarkan secara langsung pada 29 Jun 2008

2 Tempat Ketiga

Asian Beat Grand Final 2008 (Yamaha) di Taiwan ,

mewakili Malaysia

Aisunam ke Taiwan

Oleh HARYATI KARIM (kosmo)

MELIHAT sahaja pada ketrampilan mereka, pasti anda dapat meneka bahawa mereka ini merupakan pemuzik yang menjunjung muzik aliran gelap dan keras.

Benar, sememangnya mereka jujur mencintai muzik yang dinamakan moderate metal dan diakui juga muzik aliran ini agak kurang sambutannya di negara ini.

Namun, enam anak muda yang menggelarkan diri sebagai Aisunam yakin dengan bakat dan aliran muzik yang dipilih, sungguhpun ia terpaksa mengambil masa yang lama buat buat mereka mengumpul peminat mereka sendiri.

Kumpulan ini membariskan Fauzi (vokal), Addy (gitar utama), Kyrie (gitar kedua-undangan), Amir (bass), Izad (drum) dan Anam (keyboard).

Mereka semua mempunyai kelebihan masing-masing yang saling melengkapkan posisi dalam kumpulan yang baru ditubuhkan sejak tiga bulan lalu itu.

Bercerita mengenai sejarah penubuhannya, Aisunam yang membawa maksud manusia jika dibaca daripada belakang, menegaskan kumpulan ini merupakan hasil projek khas bagi menyertai pertandingan Asian Beat 2007-2008 anjuran Yamaha Music.

“Separuh daripada kami sebenarnya daripada kumpulan The Feederated yang telah wujud sejak lapan tahun yang lalu dan masih wujud sehingga kini, tetapi apabila hasrat untuk menyertai pertandingan ini, kami sebulat suara untuk menambah ahli dan menubuhkan Aisunam bagi melengkapkan lagi muzik kami,” ujar Addy yang menegaskan mereka tetap menyelitkan unsur kemelayuan dalam muzik mereka.

Menjelaskan sungguhpun mereka membawakan elemen metal tetapi liriknya berunsurkan kemanusiaan dan kemelayuan.

Bagi pertandingan tersebut, mereka membuat latihan hampir setiap hari bagi memantapkan persembahan mereka.

Beritahu mereka lagi, berbekal hanya satu lagu berjudul Bisikan yang mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan, akhirnya telah membawa tuah kepada mereka.

Ini kerana lagu tersebut yang melayakkan mereka mewakili negeri Selangor dan seterusnya terpilih sebagai wakil Malaysia yang akan bertanding pada peringkat Asia dan bakal berlangsung pada Mac depan di Taiwan.

“Semasa pertandingan peringkat akhir (Asia) nanti, lagu Bisikan juga menjadi taruhan kami.

“Sungguhpun judulnya kedengaran agak lembut tetapi muzik kami sungguh kontra dengan judulnya,” jelas mereka yang mengharapkan kejayaan dan kewujudan mereka diterima.

Selain Malaysia, pertandingan itu turut disertai peserta dari Singapura, Indonesia, Filipina, Taiwan, Hong Kong, China dan Mongolia.

Bakal juara mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$5,000 (RM19,000) dan peralatan muzik daripada Yamaha Music.

Seperti juga penggiat seni yang lain, Aisunam juga mempunyai hasrat untuk melahirkan album dan ia sudah lama dipendamkan.

Namun, buat masa ini tumpuan mereka hanya terarah kepada pertandingan yang akan dihadapi mereka itu.

“Jika ada syarikat rakaman yang berminat dengan muzik kami, pastinya kami amat berbesar hati untuk melebarkan lagi sayap muzik kami agar boleh dinikmati oleh orang di luar sana,” tutur mereka penuh harapan.

Aisunam yang mempunyai studio sendiri di Bandar Baru Selayang ini mengatakan semua ahli kumpulan itu sangat memahami antara satu sama lain, sungguhpun usia antara mereka sungguh jauh berbeza.

“Umur tidak menjadi halangan kepada kami, asalkan niat serta matlamat itu sama, itu sudah cukup untuk menyatukan kami,” ulas Amir sambil dipersetujui oleh semua rakannya.

Sementara itu Aisunam juga sedang berusaha mencari vokalis perempuan untuk projek khas mereka yang akan datang.

Justeru, buat anda yang mempunyai bakat dan berminat menyertai mereka, hubungi talian 017-6785678 (Fauzi).

Sesiapa yang ingin mengenali Aisunam dengan lebih dekat, anda boleh layari laman web, www.myspace.com/aisunam.

3. Juara Battle of the Band Karnival Menang Besar Kg Baru Celcom 2007

4. Juara Battle of the Band ‘Jom Karnival Pantai Morib’ 2007

5. Naib Juara Sound Stage majalah ROTTW, Perangsang Golf Club 2007

6. Juara Asian Beat National Grand Final peringkat Malaysia 2007 (Yamaha)

(http://asianbeat.yamaha.co.jp/)

7. Naib Juara Asian Beat Regional Final 2007 (Yamaha), KL/Sel Region

8. Juara Battle of the Band, Tanjung Karang 2007

9. Penganjur King of Stage 2005

10. Pemain Gitar Terbaik Asian Beat National Finals 2004

11.Naib Juara Juara Battle of the Band2004

12. Juara Asian Beat National Grand Final peringkat Malaysia 2004(Yamaha) dan mewakili Malaysia ke Jakarta

13. Juara Asian Beat Regional Final 2004 (Yamaha), KL/Sel Region

14. Juara Greenday American Idiot Battle of the Band2004

Untuk Tawaran Show atau Aktiviti bersama Aisunam, hubungi

Pengurus Aisunam Haris Roy Azman 0193313888/0126222348

Rujukan di Internet

1. http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendID=282911482

2. http://www.youtube.com/watch?v=AdDlI50QYf8&feature=related

3. http://www.rtm.net.my/forum/viewtopic.php?f=8&t=227

4. http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendid=146458019

5. http://www.rentakjuara.com/pengenalan.htm

6. http://www.youtube.com/watch?v=0s_Q0fCj0Ec&feature=related

7. http://www.kaopehkaobu.com/2008/06/30/aisunam-sedia-masuk-arus-perdana/

8. http://republikkata.blogspot.com/2008/06/rentak-juara-kumpulan-aisunam.html

9. http://uk.youtube.com/user/aisunam

10. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2274818/Article/pppull_index_html

11. http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendid=274433648

12. http://www.gbob.com/challenge/2008/index.php

13. www.aisunam.blogspot.com

14. http://www.youtube.com/watch?v=AdDlI50QYf8&NR=1

15. http://www.highbeam.com/doc/1P1-153565198.html

16. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

17. http://www.myspace.com/aisunam

18. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2274818/Article/index_html

19. http://digi.uberfusion.com/ChilipadiWap/xhtml/NewsDisplay.aspx?id=54561&catID=100\

20. http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_c64d5349-c0a85062-13ada000-47ac65ca

21. http://putraworks.com/category/Zed-Zaidi/

22. http://forum.myspace.com/index.cfm?fuseaction=messageboard.viewThread&entryID=66022357&groupID=100012183&adTopicID=8&Mytoken=0F5FA5CF-B9DC-4A23-A6AC23156B131FC956957994

23. http://www.kaopehkaobu.com/category/Dia-Fadila/

24. http://bualgitar.multiply.com/journal/item/360/Thank_you_RTM_for_RENTAK_JUARA_2008

25. http://music-ireans.blogspot.com/2008_06_01_archive.html

26. http://doden.blogdrive.com/archive/cm-8_cy-2008_m-07_d-05_y-2008_o-10.html

27. http://web.jiwangfm.org/advanced_news/ans.php?readmore=201

28. http://asianbeat.yamaha.co.jp/area/malaysia/index.html

29. http://music.llnr.biz/band.php?i=emptytomb

30. http://duniaglamer.blogspot.com/2008/06/jaguh-seni-kelahiran-rjroc.html

31. http://bbs.guestbook.com.tw/viewtopic.php?t=23085&mforum=mouse1437&sid=2aba098c2cbf59379759c90a94e248db

32. http://moneymakerguy.com/2008/06/20/kemuncak-rentak-juara-ahad-ini/

33. http://asianbeat.yamaha.co.jp/grandfinal/images/gf01.jpg

34. http://asianbeat.yamaha.co.jp/

Rujukan Website Bebas:-

dari laman mstar online:-

Kumpulan Aisunam yang ditubuhkan sejak tahun lalu langsung tidak menyangka bahawa kumpulan mereka terpilih.

“Memang tak jangka dan bercampur gembira apabila juri memilih kami kerana kumpulan lain yang bertanding pada malam ini terdiri daripada pemuzik yang berpengalaman.

“Namun, kami bertuah untuk terpilih mungkin kerana menyanyikan lagu ciptaan sendiri. Lagu Bisikan yang dinyanyikan oleh kami adalah lagu ciptaan saya sendiri. Kami telah praktis lagu ni selama dua jam setiap hari,” ujar vokalis dan pemain gitar kedua kumpulan Aisunam iaitu Muhammad Fauzi Sarkawi atau Fauzi.

Nama Aisunam diambil sempena nama manusia yang diterbalikkan kerana kumpulan yang turut dianggotai oleh Amiruddin Mohd. Salleh (bass), Wan Rusdy Wan Hussin (gitar), Khairul Anam Muhammad Azizi (keyboard) dan Mohammad Rizad Mohd. Kasim (drum) ini pada mulanya hendak meletakkan nama tersebut.

Melihat kepada persembahan mereka, memang diakui kumpulan ini pandai menguasai pentas dengan baik, interaktif dengan penonton, persembahan yang bertenaga sehingga mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.

Rasanya tidak hairanlah kumpulan yang berasal dari Selangor ini berjaya memikat hati penonton dan juri kerana mereka pernah mewakili Malaysia ke Taiwan untuk pertandingan Asean Beat Yamaha dan berjaya mengondol tempat ketiga.

Dari utusan online:-

Jaguh seni kelahiran RJROC

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

MEMASUKI musim ketiga penerbitannya, program Rentak Juara Rhythm of Champions (RJROC) 2008 yang berakhir malam Ahad lalu menyaksikan kumpulan Aisunam tampil selaku juara barunya.

Kemenangan Aisunam bukanlah satu kejutan memandangkan kumpulan yang dianggotai lima anak muda itu sudah lebih sedekad bergerak sebagai pemuzik.

Cuma kegiatan seni mereka selama ini hanyalah secara kecil-kecilan dan sudah tentu kemenangan di RJROC menjadi satu landasan terbaik terbaik untuk melebarkan sayap seni mereka.

Namun mampukah impian mereka itu direalisasikan oleh pihak penganjur iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM)?

Sementelah dua juara RJROC sebelum juga dilihat tidak ke mana-mana? Semuanya kelihatan sepi selepas memenangi pertandingan tersebut.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan dalam banyak-banyak penganjuran pertandingan mencungkil bakat yang diadakan oleh RTM hanya bintang Hiburan Minggu Ini sahaja yang dilihat mampu pergi jauh.

Selaku ketua Juri RJROC 2008, Datuk Mokhzani Ismail berkata, setiap bakat yang dicungkil daripada program RTM tidak akan dipersiakan.

Bagaimanapun, menurut Mokhzani, masa depan dan nasib kedudukan mereka sama ada dapat diterima atau tidak oleh khalayak terletak pada inisiatif setiap pemenang.

“Kita adakan pelbagai pertandingan untuk mencungkil lebih banyak bakat baru dalam usaha memeriahkan industri seni.

“Kami tidak pernah membezakan setiap pemenang daripada mana-mana program. Kami sentiasa mahu menyokong mereka dan salah satu caranya dengan membantu mereka menghasilkan album. Sama ada pemenang atau yang tak menang kami akan bantu juga.

“Tapi kami bukanlah syarikat rakaman dan tidak akan sesekali mengikat mereka. Kita akan membantu mereka dari segi promosi menerusi radio dan televisyen. Cuma sama ada mereka diterima atau tak itu terletak pada usaha mereka untuk memajukan diri sendiri,” katanya mengulas hala tuju pemenang RJROC 2008 sejurus berakhir final program itu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor hujung minggu lalu.

Bukan mahu menafikan keupayaan penganjur namun situasi ‘senyap’ atau ‘hilang’ sering kali berlaku dan sepatutnya penganjur tidak memandang enteng perkara tersebut.

Realitinya, RTM tidak pernah tewas dalam menjuarai aspek melahirkan bintang berbakat besar dan hakikat ini dapat diihat pada RJROC 2008 yang realitinya didominasi oleh band-band amatur yang berpotensi diketengahkan ke peringkat jauh.

Mengulas kemenangan Aisunam, Mokhzani secara peribadi berpendapat, kumpulan itu memang layak menjuarai pertandingan itu biarpun sebelum ini Carbolic Smokeballs disebut-sebut sebagai juara.

“Aisunam mempamerkan sebuah persembahan yang menarik dan keserasian mereka dapat disaksikan dengan baik.

“Dari penjurian juga, mereka menguasai kesemua aspek penjurian iaitu vokal, persembahan dan muzik yang dikuasai dengan baik oleh mereka,” tambahnya.

Konsert yang kurang sempurna

Sebagai sebuah pertandingan mencungkil bakat kumpulan muzik, RTM telah menyempurnakan satu tanggungjawab yang murni.

Keberanian menerbitkan sebuah program yang mungkin ‘kurang popular’ di kalangan peminat muzik secara umum, setidak-tidaknya, RTM melestarikan usaha memasyarakatkan konsep bakat kumpulan kugiran.

Pun begitu, masih ada ruang kelemahan yang harus diperbaiki pada konsert malam berkenaan.

Bukan mahu menuding jari namun jelas kelihatan beberapa elemen yang tidak seharusnya terjadi. Kolaborasi tiga pengacara muda Zed Zaidi, Dia Fadilla dan Kamal sememangnya idea yang baik.

Namun, agak mengejutkan apabila ketiga-tiga mereka beberapa kali melakukan kesilapan seperti tersilap menyebut nama lagu serta nama kumpulan yang tidak hadir untuk mengadakan persembahan iaitu kumpulan Bittersweet.

Penerbit RJROC 2008, Rafidah Abu Samah berkata, ketiga-tiga pengacara program itu telah memberikan sebuah persembahan yang baik ketika sesi latihan.

“Mereka memang mengikut skrip tapi mungkin disebabkan oleh tekanan mengendalikan acara secara live menyebabkan konsentrasi mereka terganggu dan saya percaya itu antara penyebab kesilapan berlaku,” kata penerbit yang bertungkus-lumus bersama krew produksi RJROC 2008 memastikan penerbitan acara final itu berjalan lancar.

Dan Rafidah juga ada sebab yang kukuh kenapa kumpulan Bittersweet digugurkan daripada melakukan persembahan pada saat-saat akhir.

“Pihak produksi dan Bittersweet tidak dapat mencapai persetujuan atas beberapa perkara dan kami tiada pilihan selain daripada terpaksa membatalkan persembahan mereka demi kebaikan bersama,” jelasnya.

Keasyikan menyaksikan konsert akhir itu juga turut terganggu dek kecacatan masalah teknikal. Bukan sekali namun beberapa kali dan menyebabkan mood khalayak yang menonton sedikit terganggu.

Kesemua lapan finalis RJROC 2008 pada malam berkenaan menyaksikan sebahagian besar daripada mereka mempunyai masa depan yang cerah untuk bergelar kumpulan muzik terbaik satu hari nanti.

Bukan saja memperlihatkan bakat menyanyi yang baik, sebaliknya, band-band yang bertanding juga berbakat besar mencipta lagu.

Lalu, apa yang menjadi harapan industri muzik ialah RTM akan meneruskan usahanya menyediakan platform untuk ‘melahirkan’ bintang-bintang terbaik dan sewajarnya juga RJROC juga tidak dihentikan pada masa depan.

Tiada ulasan: